Malaysia Oversight

K’jaan kembali guna sistem lama panggilan kecemasan mulai malam ini

By MkiniBM in November 20, 2025 – Reading time 1 minute
K'jaan kembali guna sistem lama panggilan kecemasan mulai malam ini


akan mengembalikan sementara sistem lama panggilan kecemasan perubatan dan penghantaran ambulans kepada Mers 999 bermula malam ini.

Ini susulan aduan mengenai masalah teknikal yang menyebabkan banyak panggilan kecemasan gagal diterima, manakala ambulans tersilap dihantar ke lokasi yang jauh di luar bidang kuasa mereka.

Menurut memo dalaman yang dilihat oleh Malaysiakini, langkah itu akan berkuat kuasa di seluruh negara pada jam 10 malam.

Memo itu memaklumkan bahawa semua 21 Pusat Koordinasi Kecemasan Perubatan (MECC) di Malaysia, termasuk MECC Kota Bharu, akan diaktifkan semula pada jam 10 malam hari ini.

“(Penggunaan) Mers NG 999 ditangguhkan buat sementara waktu.

“Sesi akan dijalankan secara manual,” kata mesej itu.

Perkara ini telah disahkan kepada Malaysiakini oleh seorang pegawai Kementerian Kesihatan, yang menyatakan bahawa keputusan itu dibuat semasa mesyuarat antara Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad dan Menteri Komunikasi Fadzil awal petang ini.

[Laporan lanjut menyusul]



Source link