Malaysia Oversight

U Mobile dan TM Jalin Kerjasama RM2.4 Bilion Membangunkan Rangkaian Next Gen 5G

By Amanz in May 26, 2025 – Reading time 1 minute
U Mobile dan TM Jalin Kerjasama RM2.4 Bilion Membangunkan Rangkaian Next Gen                                                                                                                                    5G


Telekomunikasi

U Mobile dan TM Jalin Kerjasama RM2.4 Bilion Membangunkan Rangkaian Next Gen 5G

May 26, 2025

Effi Saharudin

U Mobile hari ini melantik TM untuk menawarkan sambungan fiber angkut hala balik (bakchaul) bagi menyokong rangkaian Next Gen 5G. Ini adalah bagi memacu penyebaran rangkaian 5G U Mobile ke seluruh negara. Kerjasama antara kedua-dua syarikat ini adalah bernilai RM 2.4 bilion untuk tempoh 10 tahun.

U Mobile TM Next Gen 5G Back Haul

Perjanjian telah dimeterai dalam sebuah majlis di Hotel Sofitel Kuala Lumpur Damansara hari ini, dengan ia disaksikan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fadzil. Rangkaian fiber TM pada waktu ini ialah yang paling luas di Malaysia dengan ia menjangkau lebih 740,000 km.

Kerjasama strategik ini membolehkan U Mobile menggunakan Perkhidmatan Angkut Hala Balik Mudah Alih 5G TM bagi memastikan prestasi rangkaian yang tinggi dan sambungan yang boleh dipercayai untuk pelanggan perusahaan dan pengguna. U Mobile bersama dengan TM serta rakan kongsi lain komited untuk mencapai liputan 80% kawasan berpenduduk dalam tempoh 12 bulan.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link