Malaysia Oversight

Kerajaan Johor Meminta Pembinaan Pusat Data Ditangguhkan Selama 18 Bulan Kerana Kekurangan Air

By Amanz in November 20, 2025 – Reading time 2 minute
Lebih Dua Pertiga Kapasiti Pusat Data Asia Tenggara Akan Dibina Di Malaysia


Johor Meminta Pembinaan Pusat Data Ditangguhkan Selama 18 Bulan Kerana Kekurangan Air

November 20, 2025
Kecerdasan Buatan
Perkakasan

Effi Saharudin

negeri Johor telah meminta pelabur yang ingin membina pusat data yang menggunakan sistem penyejukan berasaskan air ditangguhkan sekurang-kurangnya sealam 18 bulan sehingga pertengahan tahun 2027 menurut laporan South China Morning Post.

Keputusan dibuat susulan kebimbangan terhadap jaminan bekalan air di negeri tersebut. Johor kini berhadapan kekurangan sumber air yang berpunca daripada kemarau, pencemaran, serta peningkatan mendadak permintaan daripada sektor industri. Walaupun penggunaan air adalah 79% lebih rendah berbanding yang diminta pusat data, Johor masih berhadapan isu kekurangan air.

Pusat Data Center

Sektor pusat data merupakan pengguna air yang sangat intensif. Menurut TPM Datuk Seri Fadillah Yusof semalam, pusat data di Johor menggunakan 6.1 juta liter air sehari (MLD) sehari dengan ia dijangka meningkat ke 384 MLD menjelang 2030

Johor kini mempunyai 15 pusat data yang sedang beroperasi, dengan negeri memberikan kelulusan lebih 40 lagi untuk dibina. Walaupun bekalan air secara keseluruhannya mencukupi, negeri ini menghadapi masalah ketidakseimbangan pengurusan dan pengagihan. Sumber air tertumpu di kawasan tengah dan timur Johor tetapi permintaan adalah tinggi di bahagian selatan.

Ini pastinya bukanlah berita yang ingin didengari oleh kerajaan Johor yang sangat agresif ingin menjadikannya Jelapang AI Malaysia. Beberapa minggu lalu bekalan air di Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Pontian terputus berikutan pencemaran di Sungai Johor akibat aktiviti perlombongan pasir.

Amaran mengenai isu bekalan air telahpun diberikan oleh beberapa kumpulan pencinta alam tetapi tidak diendahkan. Nasi belum menjadi bubur (kerana kurangnya air di Johor) dan masih belum terlambat untuk melakukan perubahan hala tuju sebelum nasi kekal menjadi beras kerana langsung tiada air di Johor.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link