Malaysia Oversight

Qualcomm, Adobe dan HUMAIN Umum Kerjasama Bangunkan AI Untuk Dunia Arab

By Amanz in November 20, 2025 – Reading time 1 minute
Qualcomm, Adobe dan HUMAIN Umum Kerjasama Bangunkan AI Untuk Dunia Arab


Qualcomm, Adobe dan HUMAIN Umum Kerjasama Bangunkan AI Untuk Dunia Arab

November 20, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Humain, Adobe dan Qualcomm mengumumkan kerjasama membangunkan kecerdasan buatan (AI) yang menghasilkan kandungan dunia Arab dengan lebih tepat. Ia akan diintegrasikan ke dalam sistem HUMAIN Cloud, HUMAIN ONE, ALLAM, Adobe Creative Cloud, Express, Firefly, Acrobat, dan produk pemasaran produk Adobe.

Adobe Humain

Menerusi Adobe Firefly Foundry pula, syarikat boleh membangunkan model AI generatif yang peka dengan budaya Arab untuk kandungan mereka serta memperkasakan lebih 400 juta penutur bahasa Arab di seluruh dunia. Antara isu dengan AI generatif ialah kandungan yang dijana tidak tepat dengan budaya yang ingin dihasilkan sehingga kelihatan canggung.

Menerusi kerjasama dengan HUMAIN dan Qualcomm pula, pusat data AI yang menggunakan cip Qualcomm akan digunakan bagi menjana imej dan video menerusi model yang dibangunkan bersama Adobe.

HUMAIN ialah syarikat AI dari Arab Saudi yang merupakan anak syarikat Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) yang ingin menjadikan negara tersebut antara kuasa besar teknologi AI. Mereka telahpun menghasilkan ALLAM yang merupakan AI yang memahami kesemua budaya dan agama sebelum ini. Sementara itu Qualcomm dan HUMAIN sebelum ini bekerjasama membangunkan komputer riba dengan cip Snapdragon X Elite.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link