Echo Aviation Controller Direka Sebagai Alat Kawalan Pertama Permainan Penyelaku Pesawat
Effi Saharudin
Peminat permainan penyelaku pesawat adalah golongan yang saya rasakan paling komited untuk menikmati pengalaman seakan benar-benar dalam kokpit pesawat. Kayu kawalan pesawat, tombol sistem enjin, laras kuasa enjin dan kawalan pemijak kaki berharga ribuan ringgit sanggup dibeli supaya sesi permainan terasa lebih realistik. Ini adalah perlu kerana alat kawalan biasa tidak mempunyai butang yang cukup untuk sistem pesawat yang kompleks.

Echo Aviation Controller cuba mengubah situasi ini dengan ia adalah alat kawalan pertama direka khusus untuk permainan penyelaku pesawat. Selain butang muka, bahu, dan tombol analog standard, ia juga mempunyai tombol melaraskan kuasa enjin, kedudukan kelepak sayap, brek udara dan pelbagai lagi butang yang diperlukan untuk mengawal pesawat.

Pada harga jualan $150 (~RM 625)sebuah, ia adalah jauh lebih murah berbanding set alat kawalan pesawat yang dikeluarkan Hori dan Saitek. Dengan Microsoft Flight Simulator akan ke PS5 bulan depan, ini ialah aksesori untuk peminat penyelaku pesawat tetapi tidak cukup dana membeli set kawalan lengkap.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






