Mursyidul Am PAS Hashim Jasin sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
Perkara itu diumumkan di media sosialnya dan Pemuda PAS semalam.
“Mohon semua agar dapat melaksanakan solat hajat untuk mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan beliau,” menurut mesej itu.
Maklumat lanjut rawatan terhadapnya tidak didedahkan.
Mesej itu juga menyebut bahawa Hashim tidak dapat menerima kunjungan kerana keadaan tidak mengizinkan.
“Terima kasih atas doa dan keprihatinan semua,” katanya.






