Nokia Akan Memisahkan Perniagaan AI dan Memasuki Arena Pertahanan
Effi Saharudin
Terdapat banyak syarikat teknologi sekarang yang cuba menjenamakan semula imej mereka menjadi syarikat AI. Contoh terbaik ialah CoreWeave yang bermula sebagai syarikat kripto dan kini menawarkan pusat data AI kepada pelanggan. Nokia ialah jenama yang sangat sinonim dengan telekomunikasi dan telefon mudah alih kini akan memisahkan pula perniagaan kecerdasan buatan (AI).

Nokia akan dipisahkan kepada perniagaan infrastruktur rangkaian yang menawarkan perkhidmatan AI serta pusat data sementara perniagaan operasi rangkaian telekom akan menjadi unit infrastruktur mudah alih. Menerusi penstrukturan semula ini, Nokia meramalkan keuntungan operasi akan meningkat ke EUR 3.2 billion menjelang 2028.
Penggunaan AI akan diperkenalkan dalam infrastruktur 6G yang sedang dibangunkan. Integrasi AI ke dalam dunia telekomunikasi adalah diperlukan bagi menyokong lebih banyak peranti AI yang memerlukan penghantaran data yang tinggi. Bulan lalu NVIDIA melakukan pelaburan $1 bilion ke atas Nokia bagi membangunkan rangkaian 6G AI.
Selain itu Nokia Defense turut dilancarkan dengan ia menawarkan teknologi rangkaian dan mudah Nokia bagi menawarkan perkhidmatan gred ketenteraan. Kesatuan Eropah (EU) sedang menggandakan usaha mengharamkan kelengkapan buatan China khususnya Huawei dan ZTE di negara ahli atas faktor keselamatan. Kekosongan yang bakal ditinggalkan oleh dua gergasi telekomunikasi ini akan diisi oleh syarikat telekomunikasi Eropah.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






