Malaysia Oversight

TikTok Perkenalkan ‘Time and Well-being’ Untuk Pengurusan Masa Dan Rehat Lebih Baik

By Amanz in November 20, 2025 – Reading time 1 minute
TikTok Perkenalkan ‘Time and Well-being’ Untuk Pengurusan Masa Dan Rehat Lebih Baik


TikTok Perkenalkan ‘Time and Well-being’ Untuk Pengurusan Masa Dan Rehat Lebih Baik

November 20, 2025
Aplikasi

Amy Maizuraa

TikTok kini memperkenalkanbahagian baharu Time and Well-being yang direka untuk bantu pengguna berehat dan membina tabiat digital yang lebih sihat. Platform ini menggantikan halaman pengurusan masa skrin sebelum ini serta hadir dengan pelbagai ciri baharu yang lebih mudah digunakan.

Time and Well being 1
Time and Well being 65

Ruang Time and Well-being menawarkan jurnal dengan lebih 120 kad motivasi yang boleh dimuat turun atau dikongsi. Ia juga menyediakan bunyi-bunyi yang menenangkan di samping latihan pernafasan untuk meningkatkan kesedaran diri. Selain itu, pengguna boleh menonton video daripada pencipta kandungan yang berkongsi tips berguna untuk mengurus had masa skrin, menyesuaikan tetapan ‘For You’ serta memanfaatkan fungsi Family Pairing.

Time and Well being 5
Time and Well being 6.png7

Dalam pada itu, TikTok menitikberatkan keselamatan remaja dengan menyediakan lebih 50 tetapan keselamatan yang diaktifkan secara automatik. Ciri meditasi turut diperkenalkan pada jam 10 malam untuk membantu remaja menenangkan diri sebelum tidur dan kini ia boleh digunakan oleh semua pengguna.

Time and Well being 6

Ruang Time and Well-being boleh diakses melalui tetapan akaun, dan ia turut muncul apabila pengguna mencapai had masa skrin harian atau ketika Sleep Hours aktif. Di samping itu, TikTok menambah pautan video ‘Take A Break’ serta bekerjasama dengan pakar untuk mendidik komuniti tentang kesejahteraan mental.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.





Source link