Redmi Turbo 4 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 8s Gen 4 dan Bateri 7550 mAh
April 25, 2025
•
Effi Saharudin
Redmi Turbo 4 Pro juga dilancarkan semalam dengan ia adalah peranti pertama dilengkapi cip Snapdragon 8s Gen 4. Ini dipadankan dengan skrin a 6.83″ 120Hz dengan keterangan mencecah 1,600 nit, memori sehingga 16GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 1TB UFS 4.1 dan bateri sebesar 7550 mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Dengan bateri yang besar ini, ia boleh digunakan sebagai sebuah powerbank untuk peranti lain.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP LYT-600 dan lensa ultra sudut lebar 8MP. Sementara itu di hadapan kamera swafoto dilengkapi sensor 20MP. Terdapat pengimbas cap jari bawah skrin, speaker stereo, dan kemampuan kalis air IP68.

Rekaan peranti dari belakang adalah mirip iPhone 16 kerana bonggol kamera bujur dan susunan dwi-kamera yang menegak. Sistem operasi yang digunakan ialah Xiaomi HyperOS 2 berasaskan Android 15. Di China, Redmi Turbo 4 Pro juga ditawarkan dalam edisi khas Harry Potter.

Harga jualan peranti adalah seperti di bawah.
- Redmi Turbo 4 Pro (12/256 GB) – RMB 1999 (~RM 1200)
- Redmi Turbo 4 Pro (12/512 GB) – RMB 2499 (~RM 1500)
- Redmi Turbo 4 Pro (16/256 GB) – RMB 2299 (~RM 1380)
- Redmi Turbo 4 Pro (16/512 GB) – RMB 2699 (~RM 1620)
- Redmi Turbo 4 Pro (16/1000 GB) – RMB 2999 (~RM 1800)
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.