Malaysia Oversight

Starlink Kini Menawarkan Pelan Baharu Pada Harga RM129 Sebulan Di Malaysia – Kelajuan Perlahan Pada Waktu Puncak

By Amanz in May 26, 2025 – Reading time 1 minute
Starlink Kini Menawarkan Pelan Baharu Pada Harga RM129 Sebulan Di Malaysia – Kelajuan Perlahan Pada Waktu Puncak


Telekomunikasi

Starlink Kini Menawarkan Pelan Baharu Pada Harga RM129 Sebulan Di Malaysia – Kelajuan Perlahan Pada Waktu Puncak

May 26, 2025

Aman

Starlink merupakan salah satu penyedia perkhidmatan internet berasaskan kepada satelit. Selepas sedia menawarkan pelan pada harga bulanan RM220 sebulan sebelum ini, kini Starlink turut menambah sebuah lagi pelan baharu, dinamakan “Kediaman Lite” pada harga RM129 sebulan.

Starlink Kediaman Lite

Pelan ini ditawarkan secara terhad di beberapa lokasi sahaja, dan Starlink mengatakan walaupun ia menawarkan pelan tanpa had, namun kelajuan akan perlahan pada waktu puncak, dan pengguna untuk pelan Kediaman RM220 sebulan akan diberikan keutamaan penggunaan data berbanding pelan Kediaman Lite ini.

Bagi anda yang berminat atau sedia menggunakan Starlink, boleh menyemak penawaran pelan baharu Starlink ini pada harga lebih rendah.

Komen

Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.



Source link