Apple Akan Memperkenalkan Antaramuka Baharu Solarium Untuk Semua OS Di WWDC
May 26, 2025
•
Effi Saharudin
Antaramuka iOS tidak banyak bezanya sejak iOS 7 yang meninggalkan rekaan skeumorfik. Kemudian menerusi iOS diberikan beberapa iterasi tetapi mengekalkan rekaan rata yang kini sudah agak berusia. Menurut laporan Bloomberg, Apple akan memperkenalkan rekaan antaramuka baharu di WWDC pada 10 Jun depan.

Ia dibangunkan menggunakan kod nama Solarium dengan ia dikhabarkan mengambil inspirasi daripada permukaan kaca yang ditembusi cahaya. Elemen antaramuka ini telah digunakan di visionOS dan kini akan dikembangkan ke iOS, iPadOS, macOS, tvOS dan watchOS. Setakat ini tiada elemen rekaan Solarium tertiris.
Langkah yang diambil Apple ini tiba tepat pada waktunya kerana Android 16 akan menggunakan rekaan Google Material 3 Expressive yang lebih ekspresif dan praktikal jika dibandingkan dengan rekaan sebelum ini. Dengan semua sistem operasi moden kelihatan seperti pelanduk dua serupa, rekaan baharu yang lebih segar diperlukan.
Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.