Malaysia Oversight

Malaysia Semiconductor IC Design Park Kini Mempunyai 250 Penyelidik Dan Jurutera, Akan Mencapai Angka 400 Pada Penghujung 2026

By Amanz in November 19, 2025 – Reading time 1 minute
Malaysia Semiconductor IC Design Park Kini Mempunyai 250 Penyelidik Dan Jurutera, Akan Mencapai Angka 400 Pada Penghujung 2026


Malaysia Semiconductor IC Design Park ialah sebuah hab pembangunan teknologi semikonduktor yang telah beroperasi sejak Ogos 2024 di Puchong Financial Corporate Center dan baru-baru ini telah membuka lokasi kedua di Cyberjaya untuk tujuan akademik dan melatih jurutera dan penyelidik teknologi semikonduktor masa hadapan.

image 58

Dibangunkan oleh Information Technology & Digital Economy Corporation (Sidec), hab semikonduktor yang terletak di Puchong Financial Corporate Center kini merumahkan sebanyak 14 syarikat pembangun teknologi semikonduktor tempatan yang termasuklah kira-kira 250 penyelidik dan jurutera teknologi semikonduktor tempatan.

image 59

Syarikat-syarikat ini termasuklah MaiStorage, Infinecs, Tenasic Technology, Skyechip, Cortical Labs, Oppstar, Weeroc Space, WyseTime, Synopsys, Intelligent Circuit Engineering, JumpWin, Alphaswift, FirstChip dan Chip Inventor yang membangunkan pelbagai jenis teknologi berkaitan semikonduktor, dari memori, storan, kelengkapan peranti berhubung IoT, dron, kamera dan sebagainya.

image 60

Dalam pada itu, dengan pembukaan cabang baru Malaysia Semiconductor IC Design Park di Cyberjaya, pihak Sidec juga bekerjasama dengan pusat pengajian tinggi tempatan untuk latihan teknikal dan industri buat para siswa dan siswazah tahun terakhir untuk mendapatkan pengalaman industri sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.

image 61

Pihak Sidec juga mengatakan bahawa menjelang penghujung 2026, Malaysia Semiconductor IC Design Park akan merumahkan kira-kira 400 penyelidik dan jurutera cip semikonduktor di hab utama di Puchong.



Source link