Malaysia Oversight

PH sedia jadi rakan strategik bentuk kerajaan Sabah

By TheSun in November 19, 2025 – Reading time 2 minute
PH sedia jadi rakan strategik bentuk kerajaan Sabah


Pakatan Harapan sedia jadi rakan strategik bentuk Sabah bersama parti lain fokus kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat

SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) bersedia menjadi rakan strategik untuk membentuk Sabah bersama gabungan parti lain yang mendukung tiga elemen teras perjuangan.

Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga elemen tersebut ialah kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan fokus terhadap kebajikan rakyat.

Beliau berkata walaupun PH hanya bertanding satu pertiga daripada 73 kerusi DUN, isyaratnya jelas bahawa PH bertanding untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi.

“Kita akan kerja kuat untuk menyumbang kemenangan, kita akan pertahankan kerusi DUN Inanam dan Api-Api dan kita harap boleh menyumbang kemenangan di Gum Gum, Melalap dan Petagas,” katanya.

Saifuddin berkata demikian semasa berucap pada program Sembang Santai bersama calon PH Gum Gum di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17, PH bertanding di 21 kerusi DUN dengan 12 diwakili , lapan DAP dan satu Amanah.

Saifuddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Bersama berkata apabila PH meletakkan wakil di peringkat negeri, ia memudahkan mereka menjalin kerjasama dengan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Beliau menegaskan kerajaan negeri yang dibentuk selepas 29 November perlu bersedia bekerjasama dengan Persekutuan.

“Sukar untuk membangunkan Sabah sekiranya hubungan antara kedua-dua bermusuhan,” katanya.

Saifuddin berkata hanya semasa pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Ibrahim sahaja peruntukan tertinggi disalurkan kepada Sabah.

Antara peruntukan tersebut ialah RM6.9 bilion untuk pembangunan dan kadar pemberian khas dinaikkan kepada RM600 juta berbanding RM26.7 juta pada 2019.

Rundingan berkaitan pemberian khas berdasarkan 40% hasil Sabah seperti diumumkan Perdana Menteri akan diteruskan selepas kerajaan negeri dibentuk.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pasukan keselamatan sentiasa berada pada tahap terbaik dari sudut keanggotaan, aset dan pos kawalan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17.

Tarikh penamaan calon ialah 15 November manakala pengundian awal pada 25 November. – Bernama


Post Views: 118



Source link