Malaysia Oversight

Jeff Bezos Menubuhkan Syarikat AI Project Prometheus

By Amanz in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
Jeff Bezos Menubuhkan Syarikat AI Project Prometheus


Jeff Bezos Menubuhkan Syarikat AI Project Prometheus

November 18, 2025
Kecerdasan Buatan

Effi Saharudin

Jeff Bezos meletakkan jawatan sebagai CEO Amazon empat tahun lalu dan kini beliau memasuki arena kecerdasan buatan (AI) pula selepas menubuhkan Project Prometheus. Syarikat AI ini ditubuhkan beliau bersama Vik Bajaj yang pernah bertugas di Google X. Bezos dan Bajaj turut memegang jawatan sebagai CEO bersama Project Prometheus.

Jeff Bezos
Gambar – AFP

Menurut laporan The New York Times, Project Prometheus ialah syarikat yang memfokuskan penggunaan AI untuk menambah baik industri perkilangan, perkomputeran, aeroangkasa dan permotoran. Terdapat ura-ura Project Prometheus juga berminat untuk membina pusat data di angkasa lepas seperti Google dan NVIDIA.

Walaupun baru ditubuhkan, Project Prometheus suda menerima pelaburan berjumlah $6.2 bilion dengan dana turut disalurkan sendiri oleh Bezos. Terdapat banyak syarikat rintis dalam arena AI sejak kebelakangan ini masing-masing cuba menawarkan sesuatu yang baharu. Pada waktu yang sama ia menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga menimbulkan kerisauan mengenai gelembung AI.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link