Nilai Bitcoin Turun Bawah $90,000
November 18, 2025
Kewangan
Effi Saharudin
Nilai mata wang kripto Bitcoin susut bawah $90,000 hari ini dengan ia meneruskan trend penurunan nilai mata wang kripto sejak dua minggu kebelakangan ini. Semasa artikel ini ditulis, nilai Bitcoin ialah sekitar $89,878 (~RM 375,286) dengan ia masih lagi terus menyusut.

Kali terakhir nilai Bitcoin di tahap serendah ini ialah pada penghujung April lalu dengan secara keseluruhan nilainya susut 16% sejak sebulan lalu. Nilai dijangka terus susut kerana dilakukan oleh pemegang dan faktor ketidakstabilan ekonomi Amerika Syarikat disebabkan operasi kerajaan ditutup lebih 40 hari kerana gagal meluluskan belanjawan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






