Malaysia Oversight

Syarikat Pelaburan Peter Thiel Juga Menjual Kesemua Pegangan Saham NVIDIA Bernilai RM417 Juta

By Amanz in November 18, 2025 – Reading time 1 minute
Syarikat Pelaburan Peter Thiel Juga Menjual Kesemua Pegangan Saham NVIDIA Bernilai RM417 Juta


Pada minggu lepas kami t%elah melaporkan bahawa Softbank telah menjual semua pegangan saham mereka pada syarikat NVIDIA yang bernilai kira-kira $5.8 bilion, dan dikatakan akan melaburkan jualan tersebut kedalam OpenAI pula selepas ini.

Terkini, tiba giliran Peter Thiel pula, seorang lagi pelabur syarikat teknologi terkemuka untuk melaburkan pegangan beliau terhadap NVIDIA. Melalui syarikat Thiel Macro LLC, beliau telah menjual pegangan sebanyak 537,742 saham yang dianggarkan bernilai $100 juta (~RM417 juta).

image 55

Perkara ini dilihat sebagai jualan saham berprofil tinggi kedua yang telah dibuat, dan menghasilkan tanda tanya sekiranya terdapat kebarangkalian sekiranya “AI bubble” berkaitan trend teknologi ini akan akhirnya meletup.

Melihat kepada trend pengumuman pelaburan yang dilakukan, penjualan saham NVIDIA ini membolehkan syarikat-syarikat seperti Softbank dan Thiel Macro untuk melaburkan dalam syarikat teknologi AI yang lain. Softbank misalnya dilaporkan akan melaburkan ke OpenAI, manakala Peter Thiel dilaporkan sudah mula melaburkan wang ke syarikat-syarikat pembangun kelengkapan AI seperti Substrate dan syarikat pembangun perisian AI seperti Mercor dan Cognition AI.

The Edge Malaysia



Source link