TechLife secara rasmi telah melancarkan beberapa peranti baharu di Malaysia, iaitu TechLife Pad Neo, TechLife Smart Watch P1 dan TechLife Clip-On Earbuds 2. Kesemua peranti ini direka untuk pengguna harian yang memerlukan peranti yang praktikal dan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti hiburan, komunikasi, dan produktiviti.

TechLife Pad Neo dilengkapi dengan skrin 10.1” HD beresolusi 1280 x 800 dengan kecerahan 350 nits. Ia hadir dengan 8GB RAM serta storan dalaman 256GB. Selain itu, sokongan LTE dan Wi-Fi memastikan pengguna sentiasa kekal berhubung untuk keperluan kerja atau hiburan. Tablet ini turut dilengkapi dengan bateri 6,000mAh serta pengecasan 10W. Ia juga menawarkan kamera belakang 13MP serta kamera hadapan 5MP.

TechLife Smart Watch P1 dilengkapi dengan skrin 1.43” AMOLED yang menyokong Always-On Display. Jam ini diperbuat daripada rangka zinc alloy untuk ketahanan serta reka bentuk yang sesuai untuk pelbagai situasi. Selain itu, GPS terbina dalam membantu pengguna menjejak aktiviti seperti lari dan berbasikal dengan lebih baik.
Sokongan Bluetooth Calling membolehkan pengguna menjawab panggilan terus dari jam pintar tanpa perlu mengambil telefon. Dengan ketahanan air 5ATM, jam ini boleh digunakan dalam keadaan basah termasuk semasa hujan atau semasa berenang.

Sementara itu, TechLife Clip-On Earbuds ialah fon telinga nirwayar terbuka direka untuk pengalaman audio lebih selesa. Ia dilengkapi dengan sepasang pemacu audio 13mm Bass Boost untuk pengalaman bunyi yang lebih seimbang. Dengan masa main balik sehingga 25 jam, pengguna boleh menikmati muzik sepanjang hari tanpa perlu kerap mengecas.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Pad Neo, Smart Watch P1 atau Clip-On Earbuds 2, peranti ini boleh didapati melalui kedai fizikal di Realme Brand Stores. Harga jualan bermula RM99 untuk TechLife Clip-On Earbuds, RM299 untuk TechLife Smart Watch P1 dan RM599 untuk Techlife Pad Neo. Pembelian juga boleh dibuat melalui platform dalam talian seperti Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.