Malaysia Oversight

Pempengaruh Kewangan Kini Boleh Didenda RM10 Juta Jika Tidak Mempunyai Lesen

By Amanz in November 17, 2025 – Reading time 1 minute
Pempengaruh Kewangan Kini Boleh Didenda RM10 Juta Jika Tidak Mempunyai Lesen


Pempengaruh Kewangan Kini Boleh Didenda RM10 Juta Jika Tidak Mempunyai Lesen

November 17, 2025
Kewangan

Effi Saharudin

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah melaksanakan garis panduan yang telah berkuatkuasa sejak 1 November untuk mengawal selia pengiklanan produk pasaran modal dan perkhidmatan berkaitan, sebagai tindak balas kepada peningkatan jumlah pempengaruh kewangan (finfluencer) tempatan di media sosial.

Garis panduan ini telah dikeluarkan pada tahun 2020 tetapi telah dikemaskini bagi memastikan pempengaruh yang memberikan pelbagai nasihat kewangan dan pelaburan mematuhi piawaian yang sama seperti mereka yang dilesenkan di bawah undang-undang sekuriti.

SC Finfluencer Panduan

Sebagai contoh mereka kini dilarang mempromosikan produk pasaran modal dan perkhidmatan berkaitan termasuklah perancangan kewangan melainkan mereka mempunyai lesen dengan SC. Sekiranya gagal mendapatkan lesen, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10 juta atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun beberapa pengecualian dibenarkan oleh SC. Contohnya penyebaran maklumat dalam bentuk fakta bagi tujuan pendidikan dibenarkan selagi maklumat itu tidak mungkin mempengaruhi seseorang untuk bertindak atas produk tersebut. Kedua pempengaruh perlu menyatakan produk yang dibincangkan adalah iklan dengan jelas tidak seperti yang berlaku sekarang.

Dengan garis panduan ini, pempengaruh di Malaysia berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan pempengaruh di negara barat yang juga diwajibkan menyatakan mereka mengiklankan produk berkaitan kewangan dan pelaburan. Di Amerika Syarikat selebriti seperti Kim Kardashian, Lindsay Lohan dan Jake Paul pernah didenda jutaan dolar kerana tidak mendedahkan mereka dibayar untuk mengiklankan produk kripto beberapa tahun lalu.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link