Malaysia Oversight

CelcomDigi : Pengguna Kini Menggunakan Secara Purata 40GB Data Sebulan

By Amanz in November 17, 2025 – Reading time 1 minute
CelcomDigi : Pengguna Kini Menggunakan Secara Purata 40GB Data Sebulan


CelcomDigi : Pengguna Kini Menggunakan Secara Purata 40GB Data Sebulan

November 17, 2025
Telekomunikasi

Aman

CelcomDigi hari ini mengumumkan penyata kewangan bagi suku tahunan ketiga 2025, dan selari dengannya juga, ia dikongsikan berkenaan penggunaan data oleh para pengguna dibawah rangkaian mereka.

image 83

Menurut CelcomDigi, kini secara purata pengguna menggunakan sebanyak 40GB data setiap bulan, memperlihatkan peningkatan dari bulan ke bulan. CelcomDigi menyatakan penawaran ini juga disokong oleh rangkaian mereka yang meluas, terutamanya dibawah rangkaian 4G dan 5G.

CelcomDigi kini mempunyai 6 juta pelanggan pascabayar, dan 12.35 juta pelanggan prabayar. Pengguna pascabayar secara purata berbelanja RM60 sebulan, sementara pengguna prabayar pula berbelanja secara purata RM28 sebulan. Disamping itu, mereka turut mempunyai 260,000 pelanggan untuk jalur lebar berkelajuan tinggi di rumah.

Dengan pergerakkan arena internet, dan pengguna yang lebih banyak mengakses kandungan video, penggunaan data juga dijangka meningkat dari hari ke hari.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link