Malaysia Oversight

Belkin Menarik Semula 3 Produk Powerbank Kerana Risiko Kebakaran

By Amanz in November 17, 2025 – Reading time 1 minute
Belkin Menarik Semula 3 Produk Powerbank Kerana Risiko Kebakaran


Bekin mengumumkan penarikan semula tiga produk powerbank daripada pasaran kerana risiko ia boleh menyebabkan kebakaran. Produk yang terkesan ialah dua powerbank Belkin BoostCharge USB-C PD Power Bank 20K (BPB002), Playa USB-C PD Power Bank 20K (PB0003), dan dermaga Belkin Auto-Tracking Stand Pro (MMA008).

Belkin Powerbank Recall

Ketiga-tiga produk ini telahpun memasuki pasaran Malaysia. Pelanggan yang memiliki ketiga-tiga produk dinasihatkan supaya berhenti menggunakannya secara serta merta dan menyimpannya di kawasan kering jauh daripada bahan yang much terbakar. Mereka juga dilarang daripada cuba membuangnya.

Pelanggan diminta pergi ke laman Belkin untuk melakukan proses pulangan semula wang atau menerima kredit stor Belkin.com. Mereka perlu menunjukkan bukti pembelian dan juga nombor siri semasa borang dihantar. Sekiranya anda terkesan, sila pergi ke pautan di bawah untuk memulakan proses mendapatkan pampasan.

Belkin menjadi sebuah lagi syarikat yang menarik semula beberapa model powerbank daripada pasaran tahun ini kerana risiko kebakaran. Sebelum mereka Anker dan Xiaomi melakukan langkah sama berikutan beberapa insiden powerbank terbakar dalam kapal terbang.

Laman pampasan Belkin



Source link