Malaysia Oversight

PRN Sabah: Isu Gardenia selesai tidak jejas sokongan pada PN

By Utusan in November 17, 2025 – Reading time 2 minute
PRN Sabah: Isu Gardenia selesai tidak jejas sokongan pada PN


KOTA BHARU: Isu roti Gardenia yang dianggap mengguris hati rakyat Sabah sudah selesai dan tidak menjejaskan sokongan pengundi kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 29 November ini.

Naib Presiden Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, isu tersebut dianggap sudah selesai selepas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Md. Nor sudah turun ke negeri ini untuk memberikan penjelasan.

Katanya, isu tersebut dilihat bersifat sementara dan rakyat Sabah memahami perkara tersebut.

“Bagi saya perkara itu (roti Gardenia) bukan isu dan perjalanan kempen berjalan seperti biasa.

“Alhamdulillah petugas parti melanjankan tanggungjawab itu secara bersungguh-sungguh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Dewan Belia di Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri () Panchor itu mengakui PN berdepan tentangan sengit pada PRN Sabah memandangkan gabungan tersebut masih lagi baharu di negeri bawah bayu itu.

Katanya, PN tidak mengambil mudah setiap kerusi yang ditandingi dan melihat gabungan itu mempunyai peluang mencipta kejutan.

Utusan Malaysia 12 November lalu melaporkan, PN mengumumkan bertanding di 41 daripada 73 ke­rusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Sabah.

Antara nama besar yang diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Yassin ialah Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee yang ditempatkan di DUN Sugut.

Turut dinamakan ialah Pesuruhjaya Sabah, Datuk Dr. Aliakbar Gulasan yang dipertaruhkan untuk merampas DUN Karambunai manakala

Naib Ke­tua Srikandi Muda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Nabila Norsahar di DUN Darau.-UTUSAN





Source link