Malaysia Oversight

Vigneswaran serah masa depan MIC kepada perwakilan parti

By TheSun in November 16, 2025 – Reading time 2 minute
Vigneswaran serah masa depan MIC kepada perwakilan parti


Presiden serahkan hala tuju parti kepada perwakilan dalam perhimpunan tahunan, gesa pembaharuan untuk tarik minat anak muda

SHAH ALAM: Presiden Tan Sri S.A. Vigneswaran menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan hala tuju dan masa depan parti itu dalam Barisan Nasional.

Beliau dalam ucapan dasar meminta ahli membuat keputusan demi memastikan kelangsungan dan kekuatan .

“Keputusan anda hari ini akan menentukan hala tuju, kekuatan dan kerelevanan kita untuk tahun-tahun yang akan datang,” katanya berucap di hadapan 1,808 perwakilan di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam.

Vigneswaran meminta perwakilan mempercayai dan memberi mandat kepada Jawatankuasa Kerja Pusat jika mereka tidak dapat membuat keputusan.

Beliau mengimbau perjalanan MIC dalam gabungan Perikatan sebelum menjadi dengan perjuangan asal berdasarkan tujuan dan kerjasama tulen.

“Jika itu tuntutan takdir, maka kita bukan melarikan diri daripada sejarah, kita kembali kepadanya,” katanya.

Vigneswaran menegaskan kisah MIC bukan berakhir sebaliknya satu permulaan baharu tentang keberanian dan keyakinan.

Beliau menyeru pemimpin dan akar umbi MIC bertutur dalam bahasa anak muda bagi memperbaharui perjuangan mereka.

Anak muda Malaysia bijak, lantang dan tidak gentar menegur serta tidak akan menyokong parti yang enggan berubah.

“Mereka mahukan keikhlasan, tindakan, dan maklum balas segera terhadap mesej WhatsApp,” katanya.

Mesej parti perlu jelas dan dekat dengan jiwa anak muda menerusi platform seperti Instagram, TikTok, YouTube, X dan podcast.

Beliau menggesa Wanita MIC berkembang sebagai pergerakan nasional dan advokasi.

Wanita MIC perlu menyediakan sokongan undang-undang, pendidikan, bimbingan kerjaya serta latihan literasi digital.

“Kaum wanita India tidak pernah meminta layanan istimewa, hanya keadilan, peluang, dan penghormatan,” katanya.

Apabila wanita bangkit, bukan hanya mereka yang mendapat manfaat tetapi keluarga juga mendapat kestabilan. – Bernama


Post Views: 1



Source link