Malaysia Oversight

Dakwaan pegawai kaya sebab banyak jawatan bermotif politik

By MkiniBM in November 16, 2025 – Reading time 1 minute
Dakwaan pegawai kaya sebab banyak jawatan bermotif politik


Pejabat Menteri Besar menafikan dakwaan mengenai “kekayaan” seorang pegawai kepada Amirudin Shari, yang dipercayai memegang terlalu banyak jawatan di bawah negeri, sambil menyifatkannya sebagai berniat jahat dan bermotif politik.

Pejabat Menteri Besar memaklumkan tuduhan berkenaan yang tular menerusi satu kumpulan WhatsApp ketika Amirudin membentangkan Belanjawan 2026 baru-baru ini adalah fitnah tanpa asas.

“Ia jelas berunsurkan fitnah, menyeleweng dan tidak berfakta. Laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat oleh pegawai terbabit sebagai tanda kebertanggungjawaban,” menurut pejabat berkenaan dalam kenyataan hari ini.

Pejabat Menteri Besar Selangor turut meminta semua pihak menumpukan kepada agenda pembangunan negeri dan martabat rakyat, bukannya politik tidak matang melalui pembentukan persepsi jahat, liar dan palsu.

Media sebelum ini melaporkan Amirudin diminta mengulas dakwaan kekayaan yang tidak dapat dijelaskan membabitkan pegawai berkenaan, yang didakwa memegang terlalu banyak jawatan dalam negeri.

-Bernama



Source link