Malaysia Oversight

Ucapan takziah, penghargaan kepada bekas Presiden Vietnam 

By Utusan in May 24, 2025 – Reading time 1 minute
Ucapan takziah, penghargaan kepada bekas Presiden Vietnam 


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan (SOM) ASEAN hari ini memberikan penghormatan kepada bekas Presiden Vietnam, mendiang Tran Duc Luong yang meninggal dunia pada Selasa lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin berkata, ucapan takziah disampaikan selain turut memberi pengiktirafan kepada mendiang yang disifatkan sebagai pemimpin berjasa kepada ASEAN.

“Malaysia mengucapkan takziah atas pemergiannya.

“Malah Perdana Menteri, Datuk Seri ibrahim juga menyatakan simpati kepada Vietnam dan menzahirkan rasa dukacita atas pemergian mendiang,” katanya sebelum bermesyuarat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Duc Luong meninggal dunia di Hanoi ketika berusia 88 tahun.

Sesi pagi ini dimulakan dengan kata-kata aluan kepada ketua-ketua SOM ASEAN, wakil SOM Timor Leste dan sekretariat yang menyertai mesyuarat berkenaan. – UTUSAN





Source link