Malaysia Oversight

Selangor FC dihukum main tanpa penonton, denda RM100,000

By TheSun in November 16, 2025 – Reading time 1 minute
Selangor FC dihukum main tanpa penonton, denda RM100,000


FC dihukum bermain tanpa penyokong dan didenda RM100,000 oleh FAM akibat insiden penyokong dalam perlawanan Piala FA.

KUALA LUMPUR: FC dihukum bermain tanpa penonton selepas insiden melibatkan penyokong dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2025-26 menentang Negeri Sembilan FC.

Kelab itu akan beraksi di stadium kosong pada separuh akhir kedua menentang Sabah FC pada 30 November ini dan perlawanan sulung musim depan di gelanggang sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Baljit Singh Sidhu berkata juga didenda RM100,000 kerana kesalahan berulang menurut Artikel 42 Kod Tatatertib FAM.

“Selangor FC juga diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama,” katanya.

Baljit menyenaraikan lima pertuduhan terhadap Selangor termasuk pembakaran mercun yang dibaling ke arah penyokong Negeri Sembilan.

Penyokong tuan rumah juga didakwa merosakkan bangku tempat duduk dan membaling botol air yang mengakibatkan kecederaan kepada dua penyokong lawan.

Dari tempat duduk orang kenamaan, seorang VVIP Selangor FC membaling bekas minuman plastik berisi air ke arah keluarga pemain Negeri Sembilan.

Penyokong Selangor juga melakukan provokasi yang mengakibatkan kekecohan antara kedua-dua kumpulan penyokong.

Kelab itu juga didapati gagal mematuhi obligasi penganjuran perlawanan termasuk undang-undang keselamatan FIFA. – Bernama


Post Views: 1



Source link