X atau dahulunya dikenali sebagai Twitter, kini telah mula memperkenalkan sokongan permesejan dinamakan Chat, yang diintegrasikan terus pada X. Ciri ini akan menggantikan sokongan DM atau Messages sebelum ini pada platform sosial berkenaan.
Chat menawarkan sokongan permesejan lebih menyeluruh, termasuk sokongan penyulitan penuh, kebolehan berkongsi fail, sokongan menghalang rakaman paparan skrin, dan dikatakan tiada iklan serta penjejak.

Elon Musk sebelum ini turut menyatakan Chat akan ditawarkan dalam bentuk aplikasi kendiri, sekaligus membolehkan ia bersaing dengan aplikasi permesejan seperti WhatsApp dan Signal.
Chat telah mula diperkenalkan secara berperingkat melalui web dan juga aplikasi iOS. Kemaskini untuk Android akan ditawarkan dalam masas terdekat. Sokongan mesej suara juga dijangka menyusul pada kemaskini akan datang.






