Malaysia Oversight

Dua anak Tun Musa Aman bertanding dalam PRN Sabah

By TheSun in November 15, 2025 – Reading time 1 minute
Dua anak Tun Musa Aman bertanding dalam PRN Sabah


Yamani Hafez Musa dan Hazem Mubarak Musa, anak-anak Tun Musa Aman, bertanding di kerusi Sindumin dan Sungai Manila dalam PRN Sabah.

KOTA KINABALU: Dua anak kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman telah tampil sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri Sabah hari ini.

Datuk Yamani Hafez Musa, 48, yang merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan II bertanding mewakili Pakatan Harapan di kerusi Sindumin.

Adiknya, Hazem Mubarak Musa, 43, pula mewakili Gabungan Rakyat Sabah di kerusi Sungai Manila.

Yamani Hafez akan berdepan sembilan calon lain dalam pertandingan di Sindumin.

Hazem Mubarak yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah menghadapi pertandingan enam penjuru di Sungai Manila.

Tun Musa Aman merupakan Ketua Menteri Sabah ke-14 dan bekas Sungai Sibuga selama enam penggal bermula 1994.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari mengundi PRN Sabah pada 29 November.

Undi awal akan dilaksanakan pada 25 November. – Bernama


Post Views: 1



Source link