Malaysia Oversight

SPRM kesan Adam Radlan bantu siasatan projek Lebuh Raya MEX II

By MkiniBM in November 15, 2025 – Reading time 1 minute
SPRM kesan Adam Radlan bantu siasatan projek Lebuh Raya MEX II


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad bagi membantu siasatan berhubung kes projek Lebuh Raya MEX II.

Menurut kenyataan SPRM hari ini, Adam Radlan, 44, kali terakhir menetap di A16-2, Sunway Pallazio, Jalan Sri Hartamas 3, Sri Hartamas, 50480 di Kuala Lumpur.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai beliau diminta menghubungi pegawai penyiasat G. Sharan Raj melalui talian 014-3560771 atau e-mel: [email protected].

Projek pembinaan lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX II) dari Persimpangan dan berakhir di KLIA itu mula dibina pada 2016 dan sepatutnya siap pada penghujung 2019, namun didakwa tertangguh akibat masalah kewangan.

– Bernama



Source link