NUUK: Parlimen Greenland meluluskan undang-undang baharu yang mengehadkan hak pemilikan hartanah oleh warga asing di pulau Artik itu susulan peningkatan minat pelabur dari Amerika Syarikat (AS), khususnya selepas wilayah tersebut menjadi tumpuan Presiden AS, Donald Trump. Rang undang-undang itu diluluskan lewat Khamis dengan 21 undi menyokong manakala enam ahli parlimen berkecuali. Menurut peruntukan baharu tersebut, hanya warga asing dan syarikat luar yang telah menetap secara tetap serta membayar semua cukai…






