Berminat dengan kamera baharu Fujifilm X Half? Anda sudah boleh membuat pratempahan sekarang di pengedar sah Fujifilm Malaysia sehingga 12 Jun 2025. Harga jualannya ialah RM3398 dan berpeluang untuk mendapatkan hadiah percuma bernilai RM378. Hadiah percuma ini termasuk kad SD 128GB V3, beg X Half XF-Stop, serta lanjutan jaminan selama 1+1 tahun.

Fujifilm X Half menggunakan sensor CMOS bertindan bersaiz 1-inci serta lensa tetap 10.8mm (F2.8). Ia menawarkan 13 simulasi filem untuk kesan klasik serta tiga penuras khas seperti Light Leak, Halation, dan Expired Film bagi efek sinematik. Selain itu, terdapat lapan penuras tambahan daripada siri Instax untuk lebih banyak pilihan visual. Kamera ini juga mempunyai dua skrin sesentuh LCD memudahkan pengguna menukar tetapan dengan cepat dan mudah.