Malaysia Oversight

K’jaan diberi 48 jam bayar ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu model Belanda

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 2 minute
K'jaan diberi 48 jam bayar ganti rugi RM1.1 juta kepada ibu model Belanda


diberi tempoh 48 jam bermula hari ini untuk membayar RM1.1 juta sebagai ganti rugi seperti yang diperintahkan mahkamah kepada ibu model Belanda, Ivana Smit, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menolak permohonan untuk menangguhkan pembayaran tersebut.

Menurut notis tuntutan yang dilihat Malaysiakini, firma guaman SN Nair & Partners, yang mewakili Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, memaklumkan bahawa mereka diarahkan mengambil tindakan undang-undang lanjut terhadap sekiranya pembayaran tidak dibuat segera.

Notis itu dikeluarkan hari ini dan dialamatkan kepada Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar.

e71a39d67acb27714f5e137263480d5c

Firma tersebut menyatakan bahawa pada awalnya, keluarga Smit tidak menuntut pembayaran segera bagi memberi ruang budi bicara yang munasabah kepada kerajaan.

“Namun, ketegasan dan kewibawaan perintah itu ditekankan dengan jelas oleh hakim Mahkamah Tinggi semalam, yang menegaskan bahawa perintah bertarikh 29 Julai itu mesti dipatuhi tanpa sebarang kompromi.

“Sehingga saat ini, kami masih belum menerima sebarang pengesahan, maklum balas atau bukti pembayaran berkaitan jumlah pampasan yang diarahkan.

“Kegagalan ini jelas menunjukkan ketidakpatuhan dan boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap perintah mahkamah memandangkan perintah tersebut bersifat jelas, spesifik dan berkuat kuasa serta-merta.”

Pada 7 Dis 2017, mayat Smit ditemui di balkoni tingkat enam sebuah unit di CapSquare Residence di Kuala Lumpur — 14 tingkat di bawah unit tingkat 20 milik pasangan suspek Alex Johnson dan Luna Almaz.

c6bec802ff7d14a0d8d19faa3bb3aa0b

Pada 8 Mac 2019, Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan kematiannya sebagai satu kemalangan.

Bagaimanapun, pada November tahun sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan keputusan itu. Kerajaan telah memfailkan notis rayuan pada Ogos tahun ini untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Ibu Smit kemudiannya memulakan tindakan undang-undang berasingan pada 2020. Dia mendakwa polis, menteri dalam negeri, pegawai polis Dang Wangi serta kerajaan cuai dan gagal melaksanakan tanggungjawab statutori ketika menyiasat kematian anaknya yang berusia 18 tahun itu.

Pada 29 Julai tahun ini, hakim Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain memerintahkan kerajaan membayar RM500,000 sebagai ganti rugi am dan RM600,000 sebagai ganti rugi teruk dan teladan — keseluruhan berjumlah RM1.1 juta — selepas mendapati kerajaan dan polis cuai dalam menjalankan siasatan pada 2017.

Kerajaan juga diarahkan membayar kos RM100,000 serta faedah tahunan lima peratus yang dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh.

Roz Mawar turut mengarahkan pembayaran tersebut dibuat selepas menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi dan faedah, atas alasan tiada keadaan khas yang mewajarkan permohonan itu.



Source link