Malaysia Oversight

Polis buru lelaki pecah masuk tujuh premis di Tanjong Malim

By TheSun in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
Polis buru lelaki pecah masuk tujuh premis di Tanjong Malim


Polis sedang mengesan seorang lelaki warga tempatan disyaki pecah masuk tujuh premis perniagaan di Tanjong Malim, menyebabkan kerugian RM5,200.

TANJONG MALIM: Polis sedang memburu seorang lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam tujuh kes pecah masuk premis perniagaan di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata suspek berusia lingkungan 40 tahun itu dipercayai berasal dari .

Beliau berkata suspek bertindak sendirian dengan cara merentap atau menendang pintu hadapan setiap premis.

“Kita telah kenal pasti suspek berdasarkan pelbagai faktor termasuk laporan daripada ketujuh-tujuh pemilik premis,” katanya.

Hanya tiga daripada tujuh premis mengalami kerugian wang tunai dan barangan berharga dianggarkan bernilai RM5,200.

Mohd Hasni berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan meminta orang ramai menghubungi polis sekiranya mempunyai maklumat.

Rakaman kamera litar tertutup yang tular di media sosial memaparkan suspek berpakaian wanita memecah masuk premis antara 4.15 pagi hingga 6.20 pagi. – Bernama


Post Views: 1



Source link