Malaysia Oversight

Upko tanding 25 kerusi, bawa kempen “Sabah First”

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Presiden Upko, Ewon Benedick, yang akan mempertahankan kerusi DUN Kadamaian pada pilihan raya negeri Sabah 29 Nov ini, berkata dia sendiri akan mengetuai pasukannya dalam kempen berteraskan agenda “Sabah First” dan hak perlembagaan negeri itu.

“Saya akan memimpin para calon Upko untuk memperjuangkan manifesto dan agenda ‘Sabah First’, seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta hak Sabah di bawah Perlembagaan Persekutuan,” katanya menggambarkan pilihan raya negeri kali ini sebagai satu referendum mengenai hak tuntutan hasil 40 peratus yang telah lama diperjuangkan Sabah.

Ewon berkata calon parti itu telah diarahkan untuk memenuhi penanda aras dan indikator prestasi yang jelas jika dipilih sebagai wakil rakyat.

“Saya juga akan memimpin para calon Upko untuk menawarkan kepimpinan berprinsip, dengan penanda aras dan indikator prestasi bagi setiap daripada mereka supaya mereka sentiasa memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah,” katanya.

151cd71459530c76e642c6d32e06f35c

Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu menambah kempen Upko akan memberi tumpuan besar kepada isu hak fiskal, dengan menegaskan bahawa pemulangan sepenuhnya bahagian hasil Sabah akan membuka ruang pembangunan yang telah lama tertangguh.

“Dengan pemulihan hak hasil kita, kita boleh menggunakannya untuk membangunkan infrastruktur dan kemudahan awam, merancakkan ekonomi dan keusahawanan, membasmi kemiskinan, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Sabah dengan lebih berkesan,” katanya.

Ewon turut menggesa rakyat Sabah untuk bersatu di bawah slogan #SabahFirst menjelang hari pengundian.

Senarai penuh 25 calon Upko dijangka diumumkan secara rasmi esok, bersama pengumuman lain dalam gabungan berkenaan, sekali gus membuka tirai kepada salah satu pilihan raya negeri paling sengit dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Berikut adalah senarai penuh calon serta kawasan masing-masing:

N.02 Bengkoka – Junsim Bin Rumunzing

N.06 Bandau – Suzie Binti Salapan

N.07 Tandek – Jamil Bin M. Zakariah @ Majingkin

N.11 Kadamaian – Ewon Benedick

N.14 Tamparuli – Madius Bin Tangau

N.15 Kiulu – Joisin Bin Romut

N.18 Inanam – Wong Thien Fook

N.22 Tanjung Aru – Denninson R Indang

N.23 Petagas – Lee Nyuk Soon @ Jason Lee

N.24 Tanjung Keramat – Rosday Bin Wasli

N.25 Kapayan – Billy Joe Dominic

N.26 Moyog – Donald Peter Mojuntin

N.27 Limbahau – Nelson W Angang

N.31 Membakut – Rowindy Lawrence Odong

N.36 Kundasang – Rogers Tiam @ Aloysius

N.37 Karanaan – Georgina L George

N.40 Bingkor – Kennedy Jie John @ Kenn

N.41 Liawan – Wilson Gan Poi Tze

N.42 Melalap – Junik Bin Bajit

N.44 Tulid – Mohd Khairil Abdullah

N.46 Nabawan – Juniilin @ Jubilee Bin Kilan

N.47 Telupid – Felix Joseph Sitin

N.49 Labuk – Norfadzlina Binti Ramsah

N.50 Gum-Gum – Peter Jr Naintin

N.57 Kuamut – Mohina Binti Sidom @ Mohina Ronnie Sid



Source link