Malaysia Oversight

Menteri : SKMM Akan Diminta Kenal-Pasti Syarikat Telekomunikasi Yang Mengenakan Caj Tambahan Untuk Perkhidmatan Perlindungan Scam

By Amanz in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
Menteri : SKMM Akan Diminta Kenal-Pasti Syarikat Telekomunikasi Yang Mengenakan Caj Tambahan Untuk Perkhidmatan Perlindungan Scam



Magnet Duit

Menteri : SKMM Akan Diminta Kenal-Pasti Syarikat Telekomunikasi Yang Mengenakan Caj Tambahan Untuk Perkhidmatan Perlindungan Scam

November 14, 2025
Telekomunikasi

Aman

Menteri Komunikasi hari ini mengatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan diminta untuk mengenal-pasti syarikat telekomunikasi yang mengenakan caj tambahan untuk perkhidmatan perlindungan scam. Ini lanjutan salah satu syarikat telekomunikasi yang mengenakan caj sebanyak RM10 oleh syarikat telekomunikasi untuk perkhidmatan perlindungan scam.

Komen ini hadir daripada Menteri Komunikasi, lanjutan Persatuan Pengguna dan Pakar Keselamatan Siber yang mempersoalkan perkara berkenaan yang dipromosikan dan dijual oleh syarikat telekomunikasi. Ia ditekankan yang mana perlindungan jenayah scam perlu ditanggung syarikat telekomunikasi dan bukannya menjadi sumber keuntungan baharu.

Menteri mengatakan pihak SKMM akan diminta meneliti perkara ini, dan menentukan sama ada ia wajar atau tidak untuk mengenakan caj tambahan berkenaan. Mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan perkara ini dalam masa beberapa minggu akan datang.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link