Malaysia Oversight

Hanya Sze Fei-Izzuddin, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

By Utusan in November 14, 2025 – Reading time 2 minute
‘DinFei’ bangkit mara pusingan kedua China Masters


PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 4 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzzudin Mohd Rumsani berada di landasan terbaik bagi memburu tempat ke Jelajah Dunia Akhir di Hangzhou, , Disember ini, selepas mara ke separuh akhir pada Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto, Jepun, hari ini.

Pasangan profesional itu mengambil masa selama 46 minit untuk mengetepikan gandingan No. 12 dunia, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan 21-16, 10-21, 21-16 dalam masa 46 minit di suku akhir.

Kejayaan tersebut bakal menemukan beregu No. 2 Malaysia itu dengan wakil tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita selepas pasangan ke-29 dunia itu menewaskan gandingan muda negara, Arif Junaidi-Yap Roy King 19-21, 14-21 dalam masa 39 minit.

Turut mara ke peringkat empat terbaik itu, beregu wanita No. 2 dunia, Pearly Tan-M. Thinaah yang tidak berdepan masalah melakar kemenangan straight set 21-13, 21-17 ke atas Hsu Yin Hui-Lin Jhih Yun dari Taiwan dalam masa 30 minit.

Pada separuh akhir, esok, Pearly-Thinaah yang diletakkan sebagai pilihan pertama akan menghitung pertemuan dengan beregu Jepun yang menghui ranking No. 6 dunia, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto.

Sementara itu, beregu ke-37 dunia, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri terpaksa akur kepada pasangan No. 18 dunia, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin dari Taiwan 16-21, 16-21 dalam masa 35 minit.

Wakil tunggal Malaysia dalam acara perseorangan wanita, Wong Ling Ching pula tumpas di tangan pemain No. 9 dunia, Ratchanok Intanon dari Thailand 17-21, 9-21 dalam masa 36 minit. – UTUSAN





Source link