Nilai Bitcoin Kini Jatuh Dibawah RM400,000
Aman
Nilai Bitcoin pada tahun ini menyaksikan mencapai nilai tertinggi, melangkaui RM500,000. Namun, untuk minggu ini, ia dilihat merudum, dan kini mencatatkan nilai dibawah RM400,000. Angka yang dicatatkan hari ini memperlihatkan nilainya jatuh lebih 23% berbanding bulan Mei 2025 lepas.

Selari kejatuhan nilai Bitcoin, pelbagai kriptowang lain juga memperlihatkan penurunan secara mendadak.
Walaupun diperkatakan sebagai terpencar, ia masih bergantung kepada pergerakkan ekonomi Amerika Syarikat, dan kejatuhan ini dikaitkan dengan pergerakkan ekonomi negara tersebut.
Dengan pergerakkan ini, sama-sama kita nantikan apakah nilai yang akan dicatatkan oleh Bitcoin dalam minggu-minggu akan datang, sama ada lebih menurun atau meningkat kembali.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






