Malaysia Oversight

Editor MalaysiaNow mohon batalkan peruntukan jenayah fitnah

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 3 minute
Editor MalaysiaNow mohon batalkan peruntukan jenayah fitnah


Editor MalaysiaNow, Abd Rahman Koya, memohon supaya mahkamah mengisytiharkan Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan berkaitan fitnah sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Dokumen mahkamah yang dilihat oleh Malaysiakini menunjukkan permohonan tersebut, di mana dinamakan sebagai defendan tunggal, difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam (13 Nov) oleh Tetuan Daim dan Gamany.

Rahman memohon pengisytiharan mahkamah untuk membatalkan kedua-dua seksyen itu kerana mendakwa ia melanggar Artikel 10(1)(a) dan Artikel 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya dia mengambil tindakan undang-undang tersebut selepas siasatan polis selama beberapa bulan terhadapnya yang berkaitan dengan ahli perniagaan, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

“Saya mempunyai kedudukan untuk membawa tindakan ini kerana saya terjejas secara langsung, bertentangan dengan hak saya di bawah Artikel 5(1) Perlembagaan, oleh siasatan tersebut di bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan, yang saya diberi nasihat dan benar-benar percaya adalah batal dan tidak berperlembagaan.

“(Ini kerana) Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan membenarkan hukuman terhadap kenyataan berfakta atau pendapat yang benar dan akibatnya adalah tidak rasional dan sewenang-wenangnya, berlebihan, atau tidak seimbang, yang bercanggah dengan Artikel 10(1)(a) Perlembagaan.

4b614cb4f41b0a2b9e7dec9446f369ca

“Oleh kerana mana-mana individu yang terjejas reputasi melalui kata-kata, tanda, atau representasi yang jelas boleh mendapatkan ganti rugi melalui tindakan sivil fitnah, Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan adalah berlebihan dan tidak seimbang dan oleh itu bercanggah dengan Artikel 8(1) Perlembagaan,” katanya menurut dokumen sokongan.

Menurutnya lagi, kesalahan yang terkandung dalam kedua-dua seksyen itu memberi kuasa sewenang-wenangnya atau berlebihan kepada untuk menentukan sama ada hendak mendakwa mana-mana individu atau tidak, kerana ia juga melibatkan fitnah sivil, yang bertentangan dengan Artikel 8(1) Perlembagaan

“Saya juga diberi nasihat oleh peguam saya dan benar-benar percaya bahawa kedua-dua seksyen ini adalah undang-undang pra-Merdeka atau ‘undang-undang sedia ada’ seperti yang ditakrifkan dalam Artikel 160(2) Perlembagaan,” katanya.

Seksyen 499 Kanun Keseksaan mentakrifkan fitnah sebagai membuat tuduhan terhadap seseorang dengan niat untuk mencemar reputasinya.

Seksyen 500 pula menetapkan hukuman bagi kesalahan fitnah, iaitu maksimum penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Artikel 10 Perlembagaan melindungi hak seseorang terhadap kebebasan bersuara, berhimpun, dan berpersatuan, manakala Artikel 8 menetapkan kesamarataan di bawah undang-undang.

0dbd3e1d07dc6900c965fb5db1322a95

Skandal perlombongan Sabah

Rahman disiasat polis sejak Ogos lalu, susulan siasatan pihak berkuasa terhadap artikel MalaysiaNow yang diterbitkan pada Julai, yang mengaitkan Farhash dengan skandal perlombongan Sabah.

Pihak berkuasa merampas telefon bimbitnya pada 5 Nov, ketika dia dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis buat kali ketiga.

Pada 21 Julai, MalaysiaNow menerbitkan dokumen yang didakwa membuktikan bahawa Farhash, yang juga bekas pembantu Perdana Menteri Ibrahim, telah menerima kebenaran untuk mencari sumber mineral di kawasan rizab hutan yang luas di Sabah.

Syarikat milik negeri, Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, dan CEO mereka, Natasha Sim, yang turut terlibat dalam kes ini, juga membawa perkara itu ke mahkamah, memohon perintah larangan terhadap MalaysiaNow dan Rahman berhubung artikel mengenai skandal tersebut.

Farhash bersama-sama Bumi Suria Sdn Bhd dan Aminuddin Mustapha, memfailkan saman fitnah terhadap MalaysiaNow dan Rahman pada 10 Julai, dengan menuntut ganti rugi RM10 juta berikutan artikel yang didakwa menjejaskan reputasi mereka dalam dunia korporat.

aca26db9236a23aed22a54ef3f4f2e49

Dalam afidavit mereka, plaintif menyatakan artikel tersebut menjejaskan kerjaya dan hubungan perniagaan mereka dengan menggambarkan mereka menyalahgunakan jawatan untuk mendapatkan lesen perlombongan secara haram.

Selain ganti rugi wang, plaintif juga menuntut ganti rugi tambahan, teladan, hukuman, dan supaya mahkamah mengarahkan defendan memohon maaf secara penuh dan terbuka di portal tersebut.

Mereka juga mahukan faedah lima peratus setahun dan artikel tersebut dipadamkan dari laman berita itu.

Pada 9 Sept lalu, SPRM menafikan Farhash terlibat dalam skandal perlombongan Sabah, selepas siasatan mendapati tiada lesen cari gali yang dikeluarkan kepada syarikat milik ahli perniagaan itu.



Source link