Malaysia Oversight

KLIA bocor, hujan mencurah macam air terjun

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
KLIA bocor, hujan mencurah macam air terjun


Berlaku kebocoran air hujan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang yang menyaksikan air hujan mencurah membasahi lantai.

Difahamkan ia berlaku di kawasan pelepasan di aras 5.

KLIA menjelaskan bahawa kejadian itu berpunca daripada cuaca ribut dan hujan lebat, yang menyebabkan kebocoran air di beberapa bahagian terminal.

“Pasukan kami dalam keadaan berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan penumpang, usaha pengawalan, dan perlindungan sistem elektrik,” jelas KLIA di media sosialnya.

KLIA juga berkata pihak kejuruteraan, operasi dan keselamatan sudah berada di lokasi untuk menguruskan keadaan, termasuk meminimumkan gangguan kepada operasi penerbangan.

“Pemantauan dipertingkat sedang dijalankan kerana ribut petir dan cuaca ekstrem dijangka berterusan sehingga sekitar jam enam petang,” menurut penjelasan itu lagi.

Pihak KLIA berkata mereka akan mengeluarkan makluman tambahan jika diperlukan dan menghargai kesabaran penumpang. 



Source link