Malaysia Oversight

China temukan deposit emas di wilayah Timur Laut

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
China temukan deposit emas di wilayah Timur Laut


menemukan deposit emas berskala mega dan berkualiti rendah pertama di wilayah timur laut Liaoning, menurut Kementerian Sumber Asli negara itu pada Jumaat, lapor Xinhua.

Deposit Dadonggou itu dianggarkan mengandungi 2.586 bilion tan bijih dengan jumlah sumber emas sebanyak 1,444.49 tan pada gred purata 0.56 gram setiap tan.

Menurut kementerian, penemuan bersejarah itu dijangka mengukuhkan rizab emas strategik dan berpotensi mewujudkan sebuah pangkalan pengeluaran emas bertaraf dunia, sekali gus menyokong pemulihan menyeluruh serta pembangunan berkualiti tinggi di timur laut .

– Bernama



Source link