JOHANNESBURG: Pihak berkuasa Afrika Selatan membenarkan kemasukan 153 pelarian Palestin pada Khamis selepas mereka tiba dari Kenya dengan penerbangan sewa khas bagi memohon suaka, meskipun sebelum ini ditolak kerana gagal melepasi pemeriksaan imigresen. Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Sempadan (BMA), semasa proses temu bual, kumpulan pelarian itu tidak dapat menjelaskan tempoh tinggal atau memberikan alamat penginapan yang dituju. Mereka juga tidak mempunyai cop keluar dari Israel yang kebiasaannya terdapat dalam pasport.…






