Malaysia Oversight

AGC failkan notis rayuan alasan penghakiman berkaitan hak 40 peratus hasil Sabah  

By Utusan in November 14, 2025 – Reading time 2 minute
Peguam negara


:  Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam terhadap alasan penghakiman berhubung hak 40 peratus hasil Sabah.

 Ia khususnya berkaitan beberapa kekhilafan dalam Alasan Penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu antara lain mendakwa bahawa Persekutuan dan Negeri telah menyalahgunakan kuasa serta melanggar kewajiban Perlembagaan.

 “Jabatan ini sekali lagi ingin menegaskan bahawa Persekutuan tidak merayu berhubung isu Pemberian Khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil.

 “Ia akan terus memulakan rundingan bersama Kerajaan Negeri Sabah sesegera mungkin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Semalam, Datuk Seri Ibrahim menjelaskan, ra­yuan terhadap alasan penghakiman berhubung hak 40 peratus hasil Sabah dibuat bagi mengelakkan salah tanggapan antara Kerajaan Persekutuan dan ne­geri sejak 1974 dan tindakan di luar serta melanggar Perlembagaan.

 Perdana Menteri berkata, ala­san penghakiman yang men­dak­­wa kajian semula pemberian khas selepas 2021 menyalahi un­dang-undang dan tidak rasional serta mengaitkan kesilapan besar kerajaan sejak 1974 seolah-olah me­nyalahkan kerajaan terdahulu.

 Katanya, ini seolah-olah menghukum semua kerajaan daripada era Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hing­galah sekarang termasuk ke­ra­jaan negeri Sabah di bawah Tun Datu Mustapha dan Tun Fuad Stephens.

  berkata, tindakan ke­rajaan hanya tertumpu kepada memperbetulkan alasan penghakiman tersebut dan bukan ko­mitmen pelaksanaan hak Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan ser­ta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut Perdana Mente­ri, Kementerian Kewangan melalui Perbendaharaan telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan sementara Sabah bagi memulakan rundingan teknikal berhubung pemberian khas 40 peratus hasil ne­geri itu, sebelum terbentuknya kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

 Beliau berkata, langkah itu menandakan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh pelaksanaan hak-hak Sabah seperti termaktub dalam Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

 Katanya, laporan hasil run­dingan itu nanti akan dibawa ke Jawatankuasa Teknikal Ter­tinggi MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri II, sebelum dibawa ke Majlis Tindakan MA63 yang pengerusikan beliau sendiri. – UTUSAN

 

 

 





Source link