Red Dead Redemption Akan Ke PS5, Xbox Series, Switch 2, Android dan iOS Pada 2 Disember
Effi Saharudin
Red Dead Redemption akan ditawarkan pada PlayStation 5, Xbox Series X, Xbox Series S, Switch 2, Android, iOS dan Netflix pada 2 Disember depan. Versi Red Dead Redemption ini akan turut ditawarkan sekali dengan DLC Undead Nightmare.

Versi PS5 dan Xbos Series X/S akan menyokong kadar bingkai 60 FPS, grafik dipertingkat, sokongan HDR dan resolusi sehingga 4K. Pada Switch 2 pula ia akan menyokong DLSS, HDR, sokongan tetikus dan 60 FPS resolusi tinggi. Ia adalah peningkatan kepada versi RDR yang ditawarkan untuk PS4, Xbox One dan Switch.
Berita menarik ialah Rockstar Games akan memberikan naik taraf percuma kepada pembeli RDR di PS4, Xbox One dan Switch ke versi terkini ini. Ciri lain ialah menyambung permainan daripada sesi permainan yang disimpan pada konsol generasi lalu. Pelanggan Netflix boleh memuat turun RDR versi mudah alih juga pada 2 Disember menerusi Netflix Games.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.






