Malaysia Oversight

Ahli PKR jangan tebuk kapal sendiri – Fuziah

By MkiniBM in May 23, 2025 – Reading time 1 minute
Ahli PKR jangan tebuk kapal sendiri – Fuziah


Setiausaha Agung Fuziah Salleh mengingatkan sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita agar tidak mensabotaj perpaduan parti demi agenda peribadi.

Dalam satu ucapan yang penuh semangat ketika merasmikan Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita di Johor Bahru, Fuziah mengibaratkan sebagai sebuah kapal yang sedang menuju ke destinasi penting.

Dia menggesa semua ahli agar tidak bertindak seperti ‘penebuk lubang’ dalam kapal yang sama.

“Ini parti kita, kita berada dalam kapal. Kalau kita bawa agenda peribadi dan kita tebuk kapal ini, maka semua akan tenggelam,” tegasnya, disambut tepukan gemuruh hadirin.

c9f24e8abf9d9c01dd0bf16959d4150a

Fuziah turut mengingatkan pembinaan “kapal” bernama PKR bukanlah hasil kerja sehari dua, sebaliknya terbina atas pengorbanan, keringat dan air mata — termasuk pengalaman pemimpinnya yang pernah dipenjara dan ditindas.

“Kita bina dengan susah payah. Satu ketika kita dianggap parti nyamuk, tapi hari ini kita adalah , dan presiden kita adalah perdana menteri.

“Jangan biar sesiapa tebuk lubang dalam kapal kita,” katanya lagi.

Dia juga menekankan kepentingan menjadikan politik nilai sebagai panduan dalam menyelesaikan perbezaan pendapat di dalam parti, agar perbezaan tidak membawa kepada perpecahan.

589ad5c962a8e1f63325ea1a0110371c

“Kita berlawan macam adik-beradik, bukan musuh.

“Kita buat terbaik sebab kita sayang parti kita. Kita semua adalah Keadilan (PKR),” katanya.

Ucapan Fuziah itu hadir di tengah-tengah kempen pemilihan PKR yang dikatakan “bergelora’, dengan gesaan agar semua calon dan penyokong mendahulukan kepentingan parti berbanding kelompok dan individu.



Source link