KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau tidak berasa penat walaupun menjadi tetamu untuk dua sesi town hall dalam masa kurang 72 jam. Sebaliknya, beliau berkata, sokongan dan kehadiran peserta yang di luar jangkaan seperti memberi ‘tenaga’ kepadanya untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Pahang. “Rakyat perlu tahu cerita sebenar berasaskan fakta. Ini penting untuk berdepan dunia media sosial yang dipenuhi persepsi, permainan sentimen…






