Malaysia Oversight

‘Teresa Kok tidak hormati Sultan dan rakyat Kedah’

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 2 minute
‘Teresa Kok tidak hormati Sultan dan rakyat Kedah’


Kedah menyifatkan cadangan Naib Presiden DAP, Teresa Kok supaya Langkawi diserahkan kepada Persekutuan sebagai tidak menghormati tanah jajahan takluk di bawah naungan Sultan Kedah.

Menerusi satu kenyataan media, pengerusinya, Mahdzir Khalid berkata, cadangan berkenaan juga dianggap tidak sensitif dan menyinggung perasaan rakyat negeri itu.

“Cadangan ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok) itu tidak menghormati Tuanku Sultan Kedah selaku Raja yang memerintah Kedah, yang menaungi segala tanah segala tanah jajahan takluknya dan juga rakyat Kedah secara keseluruhannya.

“Beliau sewajarnya lebih peka dan sensitif dalam setiap apa yang hendak dibicarakan walau di mana-mana platform sekalipun di dalam Dewan Rakyat yang mempunyai imuniti”, kata bekas menteri besar itu.

Menurut Mahdzir, pemimpin DAP itu tidak seharusnya membuat sebarang cadangan yang menyentuh institusi berkaitan sultan atau raja di negara ini, lebih-lebih lagi membabitkan hak milik sesuatu tanah jajahan sultan.

“Perkara seumpama itu tidak boleh sewenang-wenangnya dibicarakan secara terbuka kerana ia melibatkan martabat Tuanku Sultan Kedah yang menaungi tanah jajahan takluk pulau itu.

“Hal yang berkaitan tanah jajahan takluk Tuanku Sultan itu bukannya seperti urusan mengambil buah kelapa gugur di tepi jalan yang tiada pemilik, tetapi ini soal kedaulatan yang tidak ada kompromi”, tegas Mahdzir.

Sehubungan itu, katanya, Kedah menggesa Kok membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah mengguris hati seluruh rakyat negeri Kedah.

“Isu pembangunan Pulau Langkawi boleh diselesaikan menerusi pelbagai cara lain dan bukannya secara diletakkan di bawah pentadbiran Persekutuan.

53af967a59ddea833e235cdb0e1cc5e4

“Di Langkawi sudah ada agensi Persekutuan yang bertanggungjawab iaitu Lembaga Pembangunan Langkawi atau Lada yang hanya perlu diperkasakan lagi peranannya untuk memajukan pelbagai potensi di pulau itu dan Langkawi tidak perlu pun diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan”, kata Mahdzir.

Semalam Kok, mengkritik kerajaan negeri Kedah pimpinan yang didakwanya gagal membangunkan Langkawi, sebaliknya pula bercita-cita mahu mengambil alih Pulau Pinang.

Katanya, Langkawi yang kaya dengan potensi pelancongan sepatutnya boleh dimajukan dengan lebih baik jika diurus oleh kerajaan Persekutuan. Dia seterusnya mencadangkan kerajaan pusat mentadbir Langkawi sebagai Wilayah Persekutuan atau atau Zon Antarabangsa bagi membolehkan pembangunan sektor pelancongannya lebih terancang.



Source link