Malaysia Oversight

DJI Osmo Action 6 Dilancarkan Dengan Sensor 1/1.1″ Dan Apertur Boleh Ubah

By Amanz in November 14, 2025 – Reading time 2 minute
DJI Osmo Action 6 Dilancarkan Dengan Sensor 1/1.1″ Dan Apertur Boleh Ubah


DJI Osmo Action 6 Dilancarkan Dengan Sensor 1/1.1″ Dan Apertur Boleh Ubah

November 14, 2025
Fotografi

Amy Maizuraa

DJI secara rasmi memperkenalkan Osmo Action 6 di dengan rekaan kompak serta berat hanya 149 gram sekali gus memudahkan penggunaan harian.

DJI Osmo Action 6 5 1

Generasi baharu ini hadir dengan sensor CMOS 1/1.1 inci, sudut pandang 155°, apertur f/2.0–f/4.0 serta julat ISO sehingga 51,200 dalam mod Super Night. Imej yang dirakam mampu mencapai resolusi maksimum 7168 × 5376 piksel dengan sokongan zum digital sehingga 2x.

DJI Osmo Action 6 7

Selain itu, kamera ini menyokong rakaman video sehingga 4K pada 120fps, 2.7K pada 120fps dan 1080p sehingga 240fps. Ia juga menawarkan mod gerakan perlahan serta penstabilanRockSteady 3.0 dan HorizonSteady sekali gus menjadikannya pilihan ideal untuk rakaman yang lebih berkualiti tinggi.

DJI Osmo Action 6 1 edited

Kamera ini menyokong format imej JPEG/RAW serta video MP4 (HEVC) di samping dilengkapi storan terbina 64GB dengan 50GB boleh digunakan, serta rakaman audio AAC 48kHz. Ia juga menyokong penggunaan kad microSD sehingga 1TB bagi tujuan pengembangan storan.

Dari segi ketahanan, kamera ini kalis air sehingga 20 meter tanpa sarung dan sehingga 60 meter dengan sarung khas. Dalam pada itu, kamera ini hadir dengan tiga mikrofon, skrin hadapan 1.46 inci serta skrin belakang 2.5 inci yang menawarkan kecerahan puncak sehingga 1000 cd/㎡.

DJI Osmo Action 6 9

Dari segi bateri, kamera ini menggunakan Li-ion 1950mAh dengan masa operasi sehingga 240 minit pada suhu bilik di samping menyokong pengecasan pada suhu sehingga 40°C. Akhir sekali, ia turut dilengkapi teknologi Wi-Fi 6 dan Bluetooth BLE 5.1 bagi tujuan sambungan.

Pelancaran global Osmo Action 6 dijadualkan berlangsung pada 18 November 2025.

weibo

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link