Malaysia Oversight

Siasat Aerotrain: SPRM belum hubungi kami

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 2 minute
Siasat Aerotrain: SPRM belum hubungi kami


Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Izani Ghani mengulangi kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bahawa SPRM bebas menyiasat projek naik taraf Aerotrain bernilai RM456 juta itu.

Dalam sesi taklimat media mengenai Pelan Tindakan Komprehensif (CAP) Aerotrain pagi tadi, Izani menyatakan kesediaan MAHB untuk disiasat.

“Saya belum menerima sebarang permintaan (daripada SPRM) untuk hadir, tetapi sebagai agensi yang berkait rapat dengan , kami terbuka untuk bekerjasama dengan agensi tersebut,” katanya pada sidang media selepas taklimat di Hotel Sama-Sama, KLIA.

Aerotrain yang menghubungkan terminal utama dan bangunan satelit di KLIA Terminal 1 itu berdepan pelbagai gangguan sejak ia kembali beroperasi pada Julai lalu selepas kerja naik taraf selesai pada 30 Jun. Perkhidmatannya digantung selama 28 bulan untuk kerja baik pulih yang melibatkan penggantian tren dan infrastruktur lama di bawah Pelan Regenerasi Lapangan Terbang bernilai RM742 juta oleh MAHB.

89260e000416679b1267e6625dba877d

Pada Rabu (12 Nov), Loke berkata SPRM bebas menjalankan siasatan berhubung gangguan perkhidmatan Aerotrain selepas kerja naik taraf tersebut.

Sebelum itu pada 29 Okt, dia berikrar untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan akauntabiliti MAHB atas gangguan terbabit, termasuk menggesa MAHB menuntut penjelasan daripada kontraktor perkhidmatan tren.

Dua hari kemudian, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pelaksanaan CAP.

Mengulas pelan tindakan tersebut, Izani berkata perkhidmatan Aerotrain akan digantung dari 9 malam hingga 7 pagi setiap hari mulai esok sebagai langkah menangani gangguan berulang.

1fbdb036912e8792138bd4e4cd4b1ab2

“Mulai esok, kita akan melaksanakan CAP ini dengan perkhidmatan tren akan dihentikan sementara antara 9 malam hingga 7 pagi.

“Kami perlukan kira-kira 10 jam setiap hari untuk memastikan CAP ini dapat dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Dia berkata bas akan disediakan bagi memastikan penumpang tetap menikmati hubungan tanpa gangguan antara terminal utama KLIA dan bangunan satelit.

Fasa pertama CAP, yang turut bermula esok, melibatkan pemeriksaan, ujian, pelarasan dan pengesahan ke atas semua sistem Aerotrain.

6267ab70eb73b5adf08514d1efd492fc

“Kami jangkakan kerja ini memakan masa kira-kira empat minggu atau sebulan, sehingga 15 Disember, sekitar pertengahan Disember.

“Kemudian dalam tempoh itu, sekitar awal Disember, kita akan memulakan fasa kedua iaitu ujian sistem dan kenderaan.

“Selepas kami lengkapkan fasa satu dan dua, ketika itu kita akan meneruskan operasi percubaan di bawah fasa tiga,” katanya.

Fasa ketiga dijangka bermula pertengahan Disember. Sepanjang dua fasa pertama itu, MAHB akan melantik penilai bebas bagi menyemak sistem Aerotrain.

c7a8e537ced6a8501fb9c49f4c60803d

CAP dibangunkan bersama oleh MAHB, kontraktor Aerotrain IJM-Pestech Joint Venture dan Alstom.

Sejak dilancarkan semula pada 1 Julai, Aerotrain mengalami gangguan sebanyak 19 kali sehingga 30 Sept.

Aerotrain turut menjalani kerja penyelenggaraan antara 18 hingga 31 Ogos, sebelum menyambung semula perkhidmatan 24 jam selepas itu.

[Baca berita asal]



Source link