Malaysia Oversight

Tinggal ‘old money’, ramai anak muda dah berhijrah

By MkiniBM in November 14, 2025 – Reading time 2 minute
malaysiakini logo


Sandakan yang suatu waktu dahulu menjadi pusat industri pembalakan dan kelapa sawit, kini sudah tidak serancak dahulu.

Di pasar Kim Fung yang semerbak dengan bau kopi, anak-anak muda sudah tidak lagi kelihatan.

Orang-orang tua duduk minum kopi sambil bercerita mengenai anak-anak mereka yang telah berjaya di Singapura atau Kuala Lumpur, ketika menghabiskan waktu pagi untuk membeli barangan dapur.

Di kawasan perumahan, rumah-rumah besar masih tersergam di sebalik tembok tinggi.

b66d1dd172b3a3e03ac81a38b09847b0

Kebanyakan rumah itu masih dimiliki keluarga yang sama -golongan “old money” yang sumber kekayaan mereka dari hutan dan ladang.

“Pasar sekarang penuh dengan orang tua. Setiap hari mereka datang minum kopi dan buang masa. Anak-anak semua kerja di luar. Orang-orang muda pun jarang nampak,” kata Rebecca Chong, 41.

Bagi yang masih tinggal seperti Eusoofe Musrin, 20, dia mencari pendapatan sebagai pemandu menggunakan trak Ford Ranger yang dibelinya sewaktu bekerja di ladang sawit.

Dia kini tidak lagi bekerja di ladang sawit berkenaan kerana jauh.

“Gaji okey, tapi jalan teruk dan perjalanan ambil masa dua jam pergi, dua jam balik. Sampai sana pun dah letih.

“Sekarang saya pandu saja. Bukan kehidupan yang baik, tapi sekurang-kurangnya ada pendapatan,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, kebanyakan rakan sekolahnya sudah berhijrah ke Kota Kinabalu, Johor atau Kuala Lumpur.

“Mereka balik masa cuti, tapi mungkin tak balik waktu pilihan raya. Tak ada apa untuk balik. Tiket kapal terbang pun mahal, kerja pun tak ada untuk anak muda,” katanya.

Bagi Arshad Bensu, 48, yang juga pemandu penghantaran, kemiskinan masih mencengkam di Sandakan meskipun kawasan itu sebenarnya kaya dengan hasil bumi.

“Kemewahan di sini kebanyakannya hutang. Ramai beli barang ansuran. Saya nampak selalu – keluarga berusaha hidup walaupun duit tak cukup. Nasib baik kalau masih ada kerja,” katanya.

Dari empayar balak ke bandar lesu

Pelabuhan Sandakan suatu ketika dulu meriah dengan bunyi dari kilang papan dan bunyi kapal pada era 1970-an.

Industri sawit antara tahun 1990-an hingga sekitar 2010 menjadikan pelabuhan itu sibuk dan merancakkan ekonomi tempatan.

Ledakan ekonomi ini menyaksikan sekolah dan jalan raya dibina, manakala terus mengukuhkan penguasaannya.

a3167a8d2e1002f549ca500d2f40f355

Sehingga kini kilang-kilang di pinggir bandar “Little Hong Kong” ini masih ada, namun usaha menjadikannya kawasan pelancongan tidak membuahkan hasil.

Sektor pelancongan sepatutnya menjadi penyelamat kawasan pantai timur Sabah itu, namun kebanyakan pelancong kini tertumpu ke Kinabatangan atau Semporna.

“Tempahan semua melalui Kota Kinabalu. Kami cuma dapat sisa,” kata Adam, seorang pemandu bas pelancong.

Hotel Four Points by Sheraton — satu-satunya hotel lima bintang di Sandakan dan menyediakan peluang pekerjaan utama menutup operasi pada 2020.

Bekas pemilik kedai, Wong Kon Fung, 58, masih ingat ketika perniagaan sedang rancak di kawasan itu.

“Saya ada dua kedai kopi sebelum Covid. Dua-dua tutup. Dulu saya undi DAP, kali ni mungkin Warisan. Siapa pun menang, kami tetap macam tu juga,” katanya.

Wong yang kini memandu berkata dia sudah hilang kepercayaan terhadap janji-janji DAP.

[Baca berita penuh]



Source link