Malaysia Oversight

Amazon Lancarkan Perkhidmatan Internet Satelit Amazon Leo

By Amanz in November 14, 2025 – Reading time 1 minute
Amazon Lancarkan Perkhidmatan Internet Satelit  Amazon Leo


Amazon Lancarkan Perkhidmatan Internet Satelit Amazon Leo

November 14, 2025
Lain-lain
Telekomunikasi

Effi Saharudin

Sejak beberapa tahun lalu, Amazon secara perlahan-lahan melancarkan rangkaian satelit di bawah Project Kuiper. Ia dilihat sebagai pesaing kepada Starlink oleh SpaceX. Kini Project Kuiper secara rasmi menggunakan nama baharu Amazon Leo yang menawarkan perkhidmatan internet satelit.

Amazon Leo Logo antena

Leo pada ketika ini mempunyai lebih 150 satelit di orbit bumi rendah dengan perancangan mempunyai 3200 satelit apabila beroperasi sepenuhnya. Walaupun baharu sahaja dilancarkan secara rasmi, Leo sudahpun digunakan pelanggan seperti JetBlue, L3Harris, DIRECTV Latin America, Sky Brasil, dan National Broadband Network Australia.

Ia menawarkan tiga pelan iaitu Nano dengan kelajuan punck 100 Mbps, Pro sehingga 400 Mbps dan Ultra sehingga 1 Gpbs. Ketiga-tiga pelan langganan ini memerlukan tiga antena berbeza dengan saiz 7×7″. 11×11″ dan 20×30″.

Komen

Sila log masuk untuk menghantar komen.



Source link