BANGI: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan 3 Bangi di sini kecoh apabila sebuah stor peralatan sukannya musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi. Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.54 pagi sebelum sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan Kajang digerakkan ke tempat kejadian. “Setibanya di lokasi, anggota terus melakukan pemadaman menggunakan dua aliran…






